Description

Tampil anggun, sopan dan effortless dengan MAIRA Klasik Kurung Kedah!
Rekaan yang menggabungkan sentuhan tradisional Melayu dengan gaya moden minimalis, sesuai untuk wanita yang mengutamakan keselesaan tanpa mengetepikan penampilan.
Menampilkan potongan Klasik Kurung Kedah yang longgar dan santai, MAIRA memberikan gaya yang kemas serta tidak terlalu mengikut bentuk badan. Bahagian atas direka dengan Cekak Musang Collar yang menyerlahkan keunikan identiti tradisional, dilengkapi hidden zipper untuk pemakaian lebih mudah dan kemas. Lengan regular memberikan keselesaan pergerakan, manakala corak jalur menegak mencipta ilusi penampilan yang lebih tinggi dan elegan.
Diperbuat daripada Premium Cotton Linen, materialnya memberikan sentuhan eksklusif dengan penampilan tekstur yang menarik. Bahagian kain pula dilengkapi fully elastic waistband untuk keselesaan tambahan serta back pleated skirt yang memberikan efek jatuhan kain lebih cantik dan terletak.
Cadangan gaya: Padankan bersama tudung bawal atau shawl polos, kasut flat atau kitten heels serta beg tangan minimalis. Sesuai digayakan ke pejabat, majlis santai, kenduri mahupun aktiviti harian.
MAIRA Klasik Kurung Kedah! – gabungan klasik dan moden yang menjadikan penampilan lebih eksklusif! ❤️